#Jangan fikir apa apa tentang gambar ini :D
Pernahkah anda mengharapkan perhubungan yang kekal selamanya?
Pernahkah anda fikirkan tentang pengorbanan seseorang itu tidak perlu dibalas dengan wang ringgit?
Pernahkah anda membayangkan hidup tanpa kasih sayang?
Pernahkah anda rasa gembira apabila ada teman hidup yang tinggalkan anda?
Persoalan berlegar diminda apabila anda mempunyai seseroang insan yang anda betul betul menyayanginya. Pelbagai gambaran atau imaginasi yang difikirkan oleh anda untuk terus bersama dia. Sedang anda fikirkan, pernahkah terlintas diminda anda, 'Adakah dia juga fikir seperti mana aku fikirkan sekarang?'. Pertanyaan yang mungkin akan diketahui jawapan atau pertanyaan yang mungkin tiada jawapan. Hanya hati yang memendam rasa dan hanya hati yang mampu menyimpan rahsia. Kadang kala, hidup di dunia ini, kita mesti tidak mampu melihat kebahagiaan orang termasuklah kesedihan orang. Kita mesti nak merasakan apa yang mereka rasakan, bahagia, sedih, gembira, duka tetapi hanya satu perasaan sahaja yang manusia harapkan, iaitu KEBAHAGIAAN.
Sejujurnya, saya sendiri ingin merasakan kabahagiaan. Saya juga telah merasakannya. Dia yang membuka hati saya tentang besarnya kasih sayang kita pada seseorang itu. Walaupun kecil mana pun pergorbanannya kepada kita, tetapi dia pernah membantu kita. Dia hadir dalam diam cuba untuk mengenali diri ini. Seperti yang kita dengar, cinta datang tanpa diduga dan itulah sebenarnya dia.
Dia seorang teman yang periang, sentiasa memberi sokongan dan tidak pernah membiarkan saya pergi begitu sahaja.
'No One Can Be As Good As You. :)'
Perasaan menyesal masih ada.
Tak tahu bagaimana ingin melepaskan.
Rasa nak sangat bersua muka,
agar tiada lagi rasa menyesal :/